Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perginya Pelakon Legenda Abu...

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72, meninggal dunia akibat masalah...

Semuanya Tulisan Cina Macam...

TIDAK SENSITIF. Mungkin itulah yang boleh digambarkan apabila melihat gambar sebuah projek hartanah...

SRC: Pasukan Pembelaan Najib...

PUTRAJAYA - Selepas enam hari, pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak pada...

PAU 2023: Sajak Wan...

KUALA LUMPUR ā€“ Tanpa dapat berselindung dengan kesedihan selepas bekas ā€˜bos besarā€™ UMNO...

Suspek Pencemaran Sungai Batang Benar Dikenal Pasti

NILAI – Polis telah mengenal pasti suspek kes pencemaran Sungai Batang Benar dan kini dalam proses menahan individu tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Che Zakaria Othman berkata suspek bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari negeri lain.

ā€œPegawai dan anggota kita telahpun berada di sebuah negeri dan sebentar tadiĀ saya telah berhubung dengan mereka dan mereka positifĀ akan dapat menahan suspek.

ā€œApabila suspek ditahan, kita akan bawa suspek ke Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya,ā€ katanya kepada pemberita, di siniĀ hari ini.

Katanya siasatan dijalankan menurut Seksyen 430 Kanun Keseksaan susulan laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam.

Terdahulu, beliau meninjau kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai yang telah dikenal pasti sebagai lokasi utama punca pencemaran yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas sejak Ahad.


Sementara itu,Ā Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan KepenggunaanĀ Negeri Sembilan, S. VeerapanĀ yang turut meninjau lokasi berkenaan berkata kerja-kerja pembersihan di lokasi pencemaran sedang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

ā€œSetakat ini kita belum pasti sama ada sisa buangan itu adalah sisa buangan berjadual ataupun tidak. Sampel telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,ā€ katanya, menambah keputusan dijangka diketahui dalam masa terdekat.

Semalam, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dilapor berkata sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukan di  kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, iaitu punca pencemaran di sungai berkenaan.

Pencemaran itu menyebabkan dua LRA iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. – BERNAMA

Kategori