Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Ditampar Gara-Gara Penerbangan...

HONG KONG - Berang penerbangan dibatalkan, seorang wanita dengan beraninya menampar seorang pekerja...

Duta Indonesia Maut Pasca...

JAKARTA - Duta Besar Indonesia ke Pakistan, Burhan Muhammad yang turut terlibat dalam...

Operasi Haji Musim 1438...

MAKKAH – Operasi haji musim 1438 Hijrah di Makkah berjalan lancar berdasarkan maklum...

Rusuhan Di Subang Hanya...

KAJANG - Insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25,...

Tak Perlu PKPD Seluruh Sabah

KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di seluruh Sabah buat masa ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana buat masa ini sudah ada enam lokaliti yang diletakkan di dalam PKPD termasuk Semporna dan ia dipantau dengan baik oleh pihak berkuasa.

Katanya, setakat ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh daerah dengan enam lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Di Tawau kita perkemas segi pergerakan. Bila PKPD tidak ada langsung pergerakan, tak boleh keluar rumah langsung.

“Kita sekat ikut kaedah setempat. Di Sabah ini daerah dia boleh sama besar dengan negeri. Kalau kita sekat seluruh daerah itu, mungkin ada daerah di kampung-kampung yang yang tak ada kes pun.

“Sebab itu kita sekat dan buat PKPD di lokaliti yang kita dapati kesnya begitu tinggi.

“Yang lain kita buat secara PKPB dan mereka masih boleh keluar untuk membeli barang makanan dan sebagainya. Walau bagaimanapun KKM memantau setiap hari keadaan kes di kawasan itu,” katanya dalam sidang media harian hari ini.


Sementara itu beliau berkata, Jabatan Penjara menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu dengan melakukan kuarantin 14 hari kepada banduan baharu di pusat transit sebelum dipindahkan ke penjara.

Katanya, jika sebelum ini penjara menerima terus banduan, dengan pengenalan SOP baru, mereka akan menjalani ujian saringan terlebih dahulu dan diletakkan di tempat khas.

“Mereka akan menjalani ujian calitan terlebih dahulu. Sebelum keputusan keluar, mereka perlu dikuarantin selama 14 hari.

“Selepas keputusan negatif, mereka akan dimasukkan ke dalam penjara. Selepas mereka benar-benar negatif mereka diletakkan bersama banduan lain,” katanya. – myMetro Online

Kategori