Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Gencatan Senjata Sambut Ramadan...

SANA’A – Pihak yang bertelagah di Yemen dilaporkan bersetuju mengadakan gencatan senjata selama...

Teguran Nik Abduh, Ini...

SEBELUM ini Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul...

Tunku Jalil Bela Buaya...

LUAR biasa sungguh citarasa yang dimiliki anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni...

Mak Ai: Siswa Pokai...

SATU ketika dulu, gempar isu mahasiswa dilaporkan hidup susah hingga mengemis makanan yang...

Terima Kasih ‘Frontliners’, Anda Wira Negara – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa bangga melihat kerjasama kukuh pelbagai agensi dalam negara serta komitmen mereka yang berterusan dalam misi memerangi wabak COVID-19.

Muhyiddin berkata beliau turut merasa sangat insaf melihat pengorbanan wira-wira negara yang tanpa henti berkorban masa dan tenaga untuk memerangi COVID-19.

“Mereka ini berjuang ‘di perbatasan’ meninggalkan keluarga dan insan tersayang demi tekad untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada virus yang telah meragut banyak nyawa. 

“Pengorbanan anda semua tidak ternilai harganya. Terima kasih Frontliners (petugas barisan hadapan). Anda adalah wira negara dan kami sangat berbangga dengan anda semua,” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya hari ini.

Awal pagi tadi, Muhyiddin meninjau persiapan penghantaran barang-barang keperluan kritikal bagi menangani pandemik COVID-19 ke Sabah dan Sarawak oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang.


Muhyiddin turut menzahirkan penghargaan atas khidmat bantuan penerbangan dilakukan TUDM yang memberi kemudahan kepada banyak pihak khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dalam misi menghantar peralatan dan petugas kesihatan ke Sabah dan Sarawak.

Katanya rakyat di seluruh negara amat berterima kasih kepada anggota TUDM, KKM dan petugas barisan hadapan yang lain, atas komitmen berkenaan. – BERNAMA

Kategori