Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Fokus Nyanyi, Aiman Tino...

PENYANYI Aiman Tino memberitahu dia masih belum tefikir untuk menceburi bidang lakonan walaupun...

Ramai Tak Tahu Islam...

KUCING adalah haiwan kesayangan ramai orang. Trend memelihara kucing juga dilihat semakin meningkat...

Misi Food Flotilla For...

PETALING JAYA - Misi Food Flotilla for Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M)...

AR Badul Tarik balik...

PETALING JAYA - Pelakon AR Badul menarik balik permintaannya supaya diadakan inkues bagi...

Tiada Undang-Undang Jelas Halang Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – Tiada undang-undang jelas yang boleh digunakan bagi menghalang diadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata biarpun pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan mungkin satu opsyen yang boleh dibuat, namun ia masih memerlukan penelitian mendalam oleh kerajaan.

“Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi contohnya, tiada satu undang-undang yang membolehkan Perdana Menteri menangguhkan (PRK) selepas 60 hari ia kosong. Wajib ada PRK sekarang. Sekarang ini kita tahu tiada orang berani mahu mengundi, pegawai SPR pun tidak mahu ke sana.

“Dalam tempoh beberapa bulan juga, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mesti dibuat, juga tidak ada kuasa untuk menghalang dan jika PRN dilaksana, kita khuatir akan berlaku perkara di mana COVID-19 boleh naik,” katanya ditemui media ketika meninjau Program Mygrocer@wilayah di Setapak, hari ini. 

Beliau berkata, kemelut dan situasi di Dewan Rakyat ketika ini juga boleh menjurus diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat dan ini cuba dikawal oleh kerajaan. 

“Jangan sampai menggadai nyawa rakyat. Biarkan perkara ini difikirkan betul-betul. Kita tengok apa yang baik. Kerajaan tidak buat tergesa-gesa. Kalau mula-mula nampak salah tapi akhirnya betul, rakyat akan sokong,” katanya.

Beliau menasihatkan rakyat tidak perlu terlalu khuatir apabila dihebahkan kononnya kerajaan akan melaksanakan darurat.

Katanya, di bawah Perkara 150, menetapkan beberapa bentuk darurat yang boleh dilaksanakan, tidak semestinya dalam situasi kekerasan yang akhirnya menyusahkan pergerakan dan kehidupan rakyat.


“Bila sebut darurat, orang awam bayang darurat 13 Mei (1969), sedangkan ada pelbagai jenis darurat tapi apa pun tunggulah kerajaan. Belum buat apa-apa keputusan, segalanya mesti mengikut jalur perundangan.

“Kalau kerajaan belum buat, tapi dikatakan kerajaan nak jadi diktator, Perdana Menteri mahu selamatkan diri, itu tidak adil. Kalau ada pun, tentulah kena ada penjelasan darurat, untuk apa, dalam bentuk macam mana,” katanya. 

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan juga menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tergesa-gesa menghukum sedangkan kemelut yang melanda negara ketika ini juga disebabkan oleh tindakan beliau.

“Anwar kena terima hakikat dia sendiri ada peranan yang menimbulkan keadaan gawat sekarang. Apabila dia cuba mempengaruhi Agong dengan membawa dokumen yang tidak seperti dia dakwa. 

“Beliau dakwa ada angka, ada dokumen, ada sokongan meyakinkan, tapi kita tunggu bila dia menghadap, tiada senarai.

“UMNO dan BN setakat yang saya semak hampir semua tak pernah dihubungi dan tak tahu tapi nama kami cuba digunakan untuk mempengaruhi Agong. Itu juga tidak beretika. Saya percaya baik kerajaan dan pembangkang faham masalah sedang dihadapi ini,” katanya. – BH Online

Kategori