Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Belanjawan 2021 Lulus Di...

KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap...

Dr Fathul Bari Perjelas...

DR FATHUL Bari Mat Jahya menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan "wajib taat Perdana...

Polis Tak Akan Guna...

SUSULAN laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News semalam tentang kemungkinan Polis...

Universiti Malaya Dakwa Fahmi...

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol yang turut bertanggungjawab...

UMNO Terus Sokong Kerajaan PN

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin  selain tidak menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu juga terus menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik.

“Mesyuarat juga memutuskan agar kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik COVID19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Dalam mesyuarat hampir empat jam itu juga, Ahmad Zahid berkata Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, usaha tersebut dapat dilakukan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang.


Selain itu, beliau berkata UMNO turut mendokong sepenuhnya titah dan saranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Seri Paduka bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini. – BERNAMA

Kategori