KUALA LUMPUR – Vivo secara rasminya melancarkan V20 dan V20 Pro, model terbaharu dalam siri V20 “Be The Focus” di Malaysia, melalui majlis pelancaran produk yang bersiaran langsung di halaman Facebook dan saluran YouTube Rasmi vivo Malaysia.
Siri V20 menawarkan keupayaan inovatif swafoto yang membolehkan pengguna untuk merakam dan mengabadikan momen terindah dalam hidup mereka, terutama dengan teknologi terbaharunya – Eye Autofocus.
“Vivo sentiasa melakukan inovasi dengan mengutamakan para pengguna. Di dalam rekaan siri V20 yang nipis inilah terdapatnya inovasi fotografi mudah alih vivo yang terkini dan canggih – kamera depan Eye Autofocus 44MP.
“Ia juga dilengkapkan dengan prestasi serba boleh yang mantap, dan pada harga mampu milik, menjadikan ia peranti ideal untuk pengguna yang gemar mengambil gambar dan merakamkan kisah kehidupan mereka,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.
Kamera depan V20 dan V20 Pro membolehkan pengguna untuk meneroka dunia baru dalam keupayaan swafoto. Telefon pintar V20 mempunyai kamera depan 44MP Eye Autofocus manakala V20 Pro pula dilengkapi dengan Eye Autofocus Dual Front Camera, yang terdiri daripada 44MP Super Definition Main Camera dan 8MP Super Wide-Angle Camera.
Lensa utama bagi V20 dan V20 Pro menampilkan Eye Autofocus (AF), yang menggunakan algoritma lanjutan untuk mengesan dan fokus kepada objek swafoto yang bergerak.
Dengan kemampuan untuk memperjelaskan lagi kualiti gambar dan video yang diambil beramai-ramai serta mengesan subjek bergerak, ciri ini sangat ideal untuk pelbagai senario seperti merakam vlog dan swafoto berkumpulan.
Kualiti vlog dipertingkatkan lagi dengan ciri Steadiface Selfie Video yang menstabilkan subjek apabila merakam video, melalui algoritma pemfokusan wajah yang melakukan pemotongan tepi secara bersasar. Ciri-ciri ini mencerminkan kepekaan vivo tentang masalah pengguna umum apabila merakam gambar dan video menggunakan telefon pintar.
Kamera depan V20 dan V20 Pro juga sarat dengan pelbagai ciri tambahan — Slo-Mo Selfie Video, 4K Selfie Video, dan Super Night Selfie yang memperhebatkan lagi kualiti swafoto dan memperkasa pengguna untuk merakam saat-saat istimewa dalam hidup mereka.
Sementara itu, komposisi kamera belakang 64MP-8MP-2MP menampilkan ciri Super Night Mode pada lensa utamanya, yang menyokong rakaman menggunakan tripod, pemandangan malam bersudut lebar, dan Stylish Night Filter yang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar yang mengagumkan di dalam senario pencahayaan yang malap.
Peranti ini juga menampilkan Dual-View Video yang membolehkan pengguna menggabungkan bahagian rakaman yang diambil menggunakan kamera depan dan belakang, menggandakan daya kreativiti mereka dan menjadikan ia lebih menyeronokkan.
Manakala, 8MP Super Wide Camera bagi V20 Pro menawarkan Super Wide-Angle Selfie bersudut 105° (103.6° selepas pembetulan distorsi), dan digandingkan bersama algoritma pembetulan distorsi untuk menghasilkan gambar yang sangat lebar dan tampak semula jadi.
V20 dan V20 Pro juga ditampilkan dengan rekaan ultra-nipis dan ringan, yang membawa kemajuan teknologi terkini vivo ke tahap baru dengan penampilan ultra-nipis dan ringan pada rekaannya. Ketebalan V20 Pro hanyalah 7.39mm dan beratnya pula cuma 170g, menjadikannya telefon pintar 5G ternipis di pasaran.
V20 pula mempunyai ketebalan 7.38mm dan berat 171g[1] (ketebalan V20 Sunset Melody ialah 7.48mm dengan berat 172g) dan mempunyai rekaan ultra-nipis yang memberikan genggaman yang cukup selesa kepada penggunanya.
Penggunaan AG Matte Glass yang menambahkan sentuhan lembut dan halus selain Dual Tone Step mengurangkan penonjolan kamera belakang dengan bergaya. V20 dan V20 Pro melengkapkan pengguna dengan gaya terkini dan memberi mereka genggaman ringan.
Di Malaysia, V20 mempunyai warna Midnight Jazz dan Sunset Melody, manakala Midnight Jazz dan Moonlight Sonata adalah warna yang dikhususkan untuk V20 Pro yang mencakupi keunikan gradien warna langit yang mencipta simfoni warna dan meraikan keindahan alam.
V20 dan V20 Pro dibangunkan sebagai aksesori rekaan dan alat pengkomputeran yang cukup berkuasa buat pengguna yang sentiasa bergerak pantas untuk menyelesaikan tugasan harian dengan telefon bimbit mereka.
V20 dan V20 Pro masing-masing dikuasakan oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 720G dan 765G, yang mempersembahkan prestasi lancar untuk aplikasi dan permainan.
Bateri berkapasiti 4,000mAh (TYP) dengan teknologi FlashCharge 33W vivo untuk ketahanan padu dan masa pengecasan yang pantas, memberikan pengalaman mudah alih yang lebih selesa dan membolehkan pengguna merakam diri sendiri serta memudahkan kehidupan mereka dalam lebih banyak senario.
Vivo juga memasukkan Funtouch OS 11 ke dalam siri V20 bagi memuaskan keperluan pengguna yang mahukan system operasi yang lancar dan efisien.
Funtouch OS 11 membawakan tema dan ikon Aplikasi canggih yang mempersembahkan penampilan segar tetapi pada masa yang sama, mengekalkan ciri sederhana, efisien, dan sangat intuitif bagi pengguna untuk berinteraksi, di samping menawarkan pengguna pengalaman mudah alih berteknologi tinggi.
V20 akan menggunakan sistem operasi Android 11 yang baru saja dilancarkan. Ia mampu memudahkan para pengguna untuk menguruskan perbualan, kawalan peranti, tetapan peribadi, dan banyak lagi.
Dengan Android 11, pengguna boleh melihat, membalas, dan mengawal perbualan mereka di beberapa aplikasi pemesejan pada satu tempat sahaja dan menyemat perbualan itu pada aplikasi lain untuk pelaksanaan multitugas yang lebih baik, menjadikan ia lebih mudah buat pengguna telefon pintar untuk berhubung dengan pantas.
Android 11 juga akan memberi pengguna laluan satu sentuhan untuk mengendalikan peranti yang terhubung, peralihan lancar dengan peranti media output, serta ciri Nearby Share yang pantas menghantar fail, video, peta lokasi, dan banyak lagi ke peranti Android berhampiran.
Vivo mempunyai perancangan untuk melengkapkan setiap model dalam siri V20 dengan Funtouch OS 11 berdasarkan Android 11 secara bersasar, berdasarkan keadaan pasaran.
Kedua-dua V20 dan V20 Pro boleh didapati di Malaysia pada 24 Oktober 2020, dan masing-masing berharga RM1,499 dan RM1,899. Para-tempahan kini dibuka di kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada hingga 23 Oktober 2020, dengan hadiah eksklusif percuma* bernilai sehingga RM788 dan RM758 masing-masing.
Pelanggan yang membuat pra-tempahan untuk vivo V20 di Shopee, akan menerima beg duffel kulit bernilai RM100, lanjutan waranti telefon dan lanjutan perlindungan keretakan telefon bernilai RM299 dan kad Starbucks dengan nilai RM30 (untuk 50 pelanggan pertama), sementara stok masih ada.
Selain itu, setiap pelanggan kelima juga akan menerima sepasang fon telinga vivo, TWS Neo Earbuds semasa tempoh para-tempahan iaitu 20 – 23 Oktober 2020.
Pelanggan yang membuat pra-tempahan vivo V20 Pro di Lazada akan menerima pembersih udara, beg duffel kulit bernilai RM100, lanjutan waranti telefon dan lanjutan perlindungan keretakan telefon bernilai RM299, sementara stok masih ada. Di samping itu, 30 pelanggan bertuah akan menerima sepasang fon telinga vivo, TWS Neo Earbuds.
*Nota: tertakluk kepada terma dan syarat
Dengan pembelian telefon pintar siri V20 dari kedai konsep vivo, pelanggan akan menerima hadiah bernilai RM399, termasuk lanjutan waranti telefon dan lanjutan perlindungan keretakan telefon bernilai RM299 dan satu beg duffel kulit bernilai RM100. – Mynewshub.TV