Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Budak Perempuan Hampir Mati...

SEORANG budak perempuan berusia 5 tahun hampir pengsan dan terkorban apabila bapanya yang...

Kerajaan Kini Tumpukan Agenda...

KUALA LUMPUR - Ekonomi digital kini menjadi satu daripada agenda dan tumpuan penting...

1,830 Pelarian Hanyut Diselamatkan...

ROM - Lebih 1,830 pelarian diselamatkan daripada enam bot yang dijumpai hanyut di...

Kisah Aneh Keluarga Anwar...

RIBUT politik yang melanda negara kita sejak tahun 1998 sehingga kini sebenarnya berpunca...

Wanita Pemandu Myvi Akan Didakwa Esok

JOHOR BAHRU – Pemandu Perodua Myvi yang terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Taman Pelangi di sini pada Sabtu lalu sehingga menyebabkan seorang anggota tentera maut akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan perkara itu.

“Betul, pendakwaan akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian itu, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas keretanya dirempuh Perodua Myvi berkenaan yang dipandu seorang wanita berusia 23 tahun.

Difahamkan, kereta dipandu wanita itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan sebelum melanggar dua kereta iaitu Honda Accord yang dipandu Mohd Rizal dan Proton Iswara dipandu seorang warga emas, Chang Ah May, 78.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain dilaporkan berkata, saringan awal air kencing mendapati pemandu wanita berkenaan positif dadah.

“Pemandu Myvi sudah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan saringan awal air kencing mendapati positif dadah. Kes siasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Sinar Harian

Kategori