Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Banjir di daerah Bera kembali pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pencuri Silap Langkah ‘Lepas...

BEIJING - Malang seorang pencuri apabila terpaksa membuang air besar ketika menyamun sebuah...

Tanah Runtuh: SAR Diteruskan...

GEORGE TOWN - Pasukan penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima...

T’ganu Saran Malaysia Ketuai...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini menyarankan supaya Malaysia mengetuai negara-negara Islam...

1,345 Pulih, 8 Kematian, 972 Positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,345 kes dilaporkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 29,579 kes atau 71.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah positif pula meningkat semula berbanding semalam apabila merekodkan 972 kes, setakat 12 tengah hari.

Beliau berkata, jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 41,181 kes menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,308 kes.

“Sabah terus mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 370 kes manakala 165 kes atau 17 peratus dilaporkan di Lembah Klang daripada jumlah keseluruhan kes aktif hari ini.

“Sebanyak 14 kes atau 1.4 peratus dicatatkan dalam kluster pusat tahanan sementara (PTS) dan kes di dalam penjara,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, sebanyak lima kes daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurutnya, terdapat 86 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat lapan kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 294 kes. – myMetro Online

Kategori