Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tol: MCA Dakwa PH...

KUALA LUMPUR – Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Kedah Cadang Sumbang Keperluan...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah bercadang untuk menyumbangkan bantuan barangan keperluan asas kepada...

Muhyiddin Kini Ibarat ‘Duta’...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menerus...

Rayuan 39 Pemilik Strata,...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan dikemukakan oleh 39...

2,112 Sembuh, 3 Kematian, 1,212 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 2,112 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh sepenuhnya, sekali lagi mengatasi angka jangkitan baharu membabitkan 1,212 kes, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 65,697 dengan 10,578 kes aktif.

Beliau berkata, sembilan kes import dilaporkan, manakala baki 1,203 jangkitan lagi membabitkan penularan dalam negara.

“Selangor menyumbang angka harian tertinggi iaitu 402 kes diikuti Sabah 326 kes dan Negeri Sembilan, 141 kes.

“Dalam pada itu, tiga kematian baharu direkodkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya 360 kes,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.


Dr Noor Hisham memaklumkan, setakat ini, seramai 54,759 pesakit daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan di Malaysia, pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, 113 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 42 memerlukan bantuan pernafasan. – myMetro Online

Kategori