Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemberian ‘Golden Handshake’ RM2.6...

PETALING JAYA - Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai...

Kejahatan AS Bukan Perkara...

IRAN pernah menyebut: AS adalah Paksi Kejahatan. Campurtangan AS dalam konflik dunia bukan isu...

Malaysia Kutuk Serangan Di...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan percubaan...

Pasang Lebih Banyak CCTV...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan lebih banyak kamera litar...

3 Lagi Kawasan Dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon B dan C Taman Meru 2C, Ipoh serta Kampung Nahaba, Kampung Tegudon di Kota Belud selama 14 hari bermula 20 November hingga 3 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Taman Meru membabitkan 2,288 penduduk dan 572 rumah.

“Pelaksanaan PKPD di Kampung Nahaba serta Kampung Tegudon membabitkan sebanyak 1,740 penduduk di kedua-dua lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan bersasar terhadap penduduk di kawasan itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPD di lokasi itu termasuk sekatan pergerakan dan tiada aktiviti ekonomi serta sosial.

“Semuanya tidak dibenarkan. Makanan akan disalurkan ke rumah masing-masing.


“Bagaimanapun, kalau isu kecemasan seperti kematian boleh maklumkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, sehingga 16 November sebanyak 938 saringan dilaksanakan di Taman Meru dan merekodkan 76 kes positif Covid-19.

“Di Kampung Nahaba serta Kampung Tegudon pula sebanyak 36 kes positif direkodkan di kedua-dua lokaliti.

“SOP PKPD ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut rujuk di laman sesawang MKN,” katanya. – myMetro Online

Kategori