Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sebanyak 22.3 Juta Sony...

Sony hari ini melaporkan sebanyak 22.3 Juta konsol PlayStation 4 telah berjaya mereka jual...

Insiden Ganggu Syed Saddiq...

PUTRAJAYA - Kabinet memandang serius insiden kekecohan dan provokasi terhadap Menteri Belia dan...

Media Prima Jamin Pampasan...

SHAH ALAM - Media Prima Berhad (Media Prima) akan memastikan pampasan terhadap pekerjanya...

Lelaki Melecur Disimbah Petrol,...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki melecur di bahagian belakang badan dan kedua-dua tangan...

3 Termasuk 2 Datuk Direman Kes Sindiket Penipuan SMS

PUTRAJAYA – Tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima hari sehingga 14 November (Sabtu), kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketiga-tiga lelaki berumur antara 41 dan 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 9 malam hingga 11 malam, semalam selepas hadir untuk memberi keterangan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga SPRM, tiba pada pukul 10.45 di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan itu.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki itu merupakan pengarah bagi tiga syarikat berlainan disyaki telah membayar pegawai syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan nombor telefon pelanggan untuk digunakan sindiket penipuan pembekal kandungan menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan pelanggan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM. – BERNAMA

Kategori