KUALA SELANGOR – Empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau seakan-akan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataannya memaklumkan henti tugas kesemua loji dilakukan pada jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari ini.
“Bau dikesan sekitar 8 ton di LRA Rantau Panjang.Â
“Ketika ini, LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan serta tindakan mitigasi,” katanya.
Menurutnya, sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – myMetro Online