Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mosti Sedia Melakukan Pembenihan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam keadaan siap sedia...

Harga RON95 Mungkin Jatuh...

REMBAU (Negeri Sembilan) - Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah...

Anwar Bakal Bawa Tuah...

PORT DICKSON - Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerusi Parlimen Port Dickson...

Berebut Harta Pusaka Punca...

LELAKI maut selepas kepalanya dihentak oleh adiknya sendiri menggunakan alat pemadam api di...

43 Ahli Parlimen BN Setuju Sokong Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Seramai 43 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat bersetuju sebulat suara untuk memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain itu, kesemua ahli Parlimen BN yang bermesyuarat semalam bersetuju memberi sokongan kepada semua rang undang-undang (RUU) yang akan dibentangkan pihak kerajaan.

Beliau berkata mereka turut bersetuju supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan cadangan melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya bagi mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.

“Selain itu, 43 ahli Parlimen BN mahu Perdana Menteri mempertimbangkan untuk meluluskan pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, berkata beliau telah pun mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi memaklumkan sokongan dan persetujuan bersama ahli Parlimen BN berkenaan. – BERNAMA

Kategori