Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Motif Serangan Di Las...

LAS VEGAS - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan polis belum menemui motif jelas...

Tempoh Diskaun Saman Trafik...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman...

Arsenal Tewas, Gerrard Bantu...

ARSENAL tewas kepada Borussia Dortmund 2-0 dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di...

Satu Buku Kerja Sahaja...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mengingatkan pihak sekolah untuk hanya membenarkan satu buku kerja...

Amaran Cuaca Peringkat Kuning Di Kebanyakan Negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat & Muar) hingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, hujan lebat juga dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai); Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan & Rompin); dan Terengganu hingga Rabu ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Angin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BERNAMA

Kategori