Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tidak Bankrap, Diurus...

PUTRAJAYA – Ketika bergelar pembangkang, Lim Guan Eng pernah melahirkan kegusaran serta membayangkan...

Rumah Mewah KimK Dirompak,...

SELEBRITI antarabangsa, Kim Kardashian berdepan dengan detik cemas apabila diacukan dengan sepucuk pistol...

Rakyat Perlu Jadikan Sukan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai...

Anthony Loke Dinamakan Menteri...

SEREMBAN – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini dinamakan...

ARKIB Tiada Kuasa Dedah Laporan Siasatan MAGERAN

KUALA LUMPUR – Arkib Negara Malaysia (ARKIB) tidak mempunyai kuasa untuk mendedahkan rekod dokumen berkaitan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) kepada umum.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata ini kerana pemilikan dan butiran berkaitan rekod itu masih di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat, rekod dokumen MAGERAN ada di bawah simpanan atau pegangan ARKIB. Namun, pemilikan dan sebarang butiran dalam rekod terbabit masih di bawah bidang kuasa MKN dan PDRM.

“Oleh yang demikian, ARKIB tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap pembukaan rekod itu kepada orang awam. ARKIB hanya bertanggungjawab membuka fail-fail rasmi (arkib awam) yang bertaraf ‘terbuka’ untuk rujukan orang awam,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang bertanya sama ada kerajaan akan mendedahkan laporan penyiasatan berkaitan kertas kerja, minit mesyuarat dan sebagainya oleh MAGERAN pada tahun 1969 kepada orang awam. – BH Online

Kategori