Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

FBM KLCI Susut 0.4...

KUALA LUMPUR - FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi pagi 0.4...

Had Pengunjung Majlis Ikut...

PUTRAJAYA - Jumlah maksimum peserta atau pengunjung di majlis agama, sosial dan rasmi...

Wanita Alah Pada Suami,...

BAGI pasangan suami isteri, saat-saat bersama sememangnya dinantikan namun berbeza dengan Johanna Watkins...

Syarikat Ternama Mungkin Terlibat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan pembabitan syarikat...

Belanjawan 2021 Bukan Untuk Pilihan Raya

PUTRAJAYA – Belanjawan 2021 bakal memberi keutamaan kepada melindungi rakyat negara ini ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan penularan COVID-19 ketika ini.

Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa ia adalah belanjawan pilihan raya.

Beliau berkata, ia bertujuan mengimbangi antara kewajipan melindungi rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan ekonomi negara ini, menyebabkan kerajaan perlu bertindak dengan pantas.

“Bila pilihan raya pun, saya sendiri juga tidak tahu. Apa pun, saya boleh bayangkan yang penting ketika ini untuk menangani masalah COVID-19 dan menguruskan masalah ekonomi. Ini dua perkara pokok ketika ini, tidak termasuk perkara ketiga, pilihan raya pun.

“Tetapi jika dua perkara ini dapat diselesaikan, saya memang mengharapkan kita mendapat satu mandat baharu, bermakna kita pergi kepada rakyat dan memohon rakyat mempertimbangkan.

“Kalau mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini bagus, banyak memberikan sokongan dan bantuan secara prihatin dengan masalah mereka, mereka menghargai usaha kita, mungkin pada suatu masa terbaik pilihan raya umum sewajarnya dapat dilaksanakan,” katanya pada wawancara pra-belanjawan 2021, hari ini.

Muhyiddin berkata, ketika itu mungkin kerajaan yang terpilih akan menjadi lebih stabil dan tidak dalam keadaan yang dilihat seperti hari ini.


Namun, katanya, beliau tidak tahu bila masalah COVID-19 akan selesai dan ekonomi rancak semula, sebaliknya semua pihak hanya mampu berdoa supaya negara segera dapat kembali ke yang landasan betul.

Muhyiddin berkata, beliau tidak menyebut ia adalah belanjawan pilihan raya kerana apa yang penting adalah untuk membantu rakyat.

“Saya tahu di bawah sana, apabila ekonomi tidak dapat bergerak sepantas diharapkan. Umpamanya kita pada suatu peringkat dahulu sudah melandaikan lengkung COVID-19, rakyat sudah bergerak kembali seperti sedia kali.

“Kemudian gelombang COVID-19 melanda dan ia lebih mencabar. Kita berhadapan dengan satu ancaman baharu yang lebih besar dan kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan…tetapi kita akan uruskannya,” katanya.

Muhyiddin berkata, komitmen kerajaan adalah secara total dan bukan berkaitan dengan pilihan raya sebaliknya untuk menguruskan nyawa rakyat di negara ini. – BH Online

Kategori