Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bakal Wujud Skim...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan skim baharu untuk syarikat mulai tahun depan...

Polis, Badan Perundangan Kendali...

KUALA LUMPUR - Kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang lebih serius...

Aset Tambahan Untuk Selamatkan...

PETALING JAYA - Kerajaan akan menambah bilangan anggota penyelamat dan menggerakkan lebih banyak...

Tidak Masuk Akal, Bersifat...

LIPIS - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Setiausaha...

Belanjawan 2021 Letakkan Asas Kukuh Bagi RMK12

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini meletakkan asas yang kukuh bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang bakal dibentangkan awal tahun dengan.

Mustapa berkata, ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengumuman beberapa projek seperti pembinaan lebuh raya, laluan kereta api dan peruntukan besar bagi penyelenggaraan infrastruktur seperti bangunan serta jalan.

“Ini meletakkan asas kukuh untuk RMK12 yang bakal dibentangkan pada tahun depan dengan peruntukan dan bajet yang cukup baik. Ini akan memberi ruang untuk memastikan RMK12 dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya pada sidang akhbar selepas Pembentangan Belanjawan 2021 di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa turut mengalu-alukan belanjawan dengan defisit sebanyak 5.4 peratus berbanding enam peratus pada tahun ini.

“Dalam keadaan semasa kita menghadapi masalah keselamatan kesihatan dan ekonomi, adalah penting untuk kita mengembangkan kegiatan ekonomi.


“Oleh itu, jumlah peruntukan sebanyak RM322 bilion meliputi tujuan mengurus dan pembangunan adalah peruntukan besar dalam konteks semasa,” katanya.

Menurutnya lagi, Belanjawan 2021 juga menampilkan kelainan kerana mempunyai elemen kelestarian yang belum pernah terdapat pada belanjawan sebelum ini.

“Ini perkara penting kepada negara untuk memastikan apa jua sumber adalah lestari,” katanya. – Sinar Harian

Kategori