KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat pada malam ini, di Menara Dato’ Onn di sini.
Difahamkan, mesyuarat berkenaan akan bermula pada jam 8 malam.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan berhubung agenda mesyuarat yang akan berlangsung itu.
Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP
Sumber terdekat kepada pemimpin gabungan itu, mengesahkan mesyuarat yang berlangsung malam ini.
Mesyuarat itu dijangka menjadi tumpuan menjelang pengundian bagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis ini.
BN kini dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Selain presiden setiap parti komponen, ketua wanita dan pemuda masing-masing juga dijangka hadir. – BH Online