Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Cabar Menteri...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

Dr. Ganja Terlepas Tali...

SHAH ALAM – Seorang pesara tentera terlepas hukuman mati selepas dipenjara sembilan tahun...

Pasukan Kelantan Lebih Bagus...

KUALA LUMPUR - Kelantan pasukan yang lebih bagus berbanding Perak dalam perlawanan Liga...

Berfikir Di Luar Kotak...

KANGAR - Usaha mencari sumber semula jadi yang terhad dalam negeri yang kecil...

Ebit Lew Hantar 10 Tan Keperluan Asas Ke Sabah

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas ke Sabah hari ini. 

Ebit Lew dalam perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, berkata beliau risau dengan keadaan di Sabah selepas menerima banyak mesej meminta bantuan.

“Saya menghantar tiga lori Elewsmart dari gudang Elewsmart semalam terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. 

“Saya turut bekerjasama dengan pesawat My Jet Xpress Airlines yang akan menghantar bantuan keperluan asas itu ke Kota Kinabalu,” katanya. 

Katanya, beliau bersyukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express dan terharu dengan layanan baik Pengerusinya, Mohamed Yunos dan Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Hisham. 

“Doakan Sabah ya. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua,” tulisnya. – BH Online

Kategori