Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ribut Terbangkan Bumbung Rumah...

KUALA PERLIS - Tidak sampai dua bulan menggantikan atap zink, lapan sekeluarga di...

Berdepan Scotland Di Suku...

GOLD COAST - Skuad badminton negara dijadual bertemu naib juara Kumpulan A, Scotland...

Dewan Negara: Kerajaan Perlu...

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran bersikap terbuka dengan cadangan untuk memberikan pilihan kepada...

Hilang Kepala Ketika Lakukan...

AKIBAT terlalu asyik melakukan seks dengan kekasihnya di landasan kereta api, seorang wanita hilang...

Hanya 20% Boleh Dibelanja Sekiranya Belanjawan Tak Dilulus

KUALA LUMPUR – Hanya 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan, iaitu ‘perbelanjaan penuh’ yang pada dasarnya adalah pencen dan pembayaran hutang,  yang boleh dibelanjakan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Bank pelaburan itu berkata menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu dialog pada Jumaat minggu lepas, baki 80 peratus termasuk operasi perkhidmatan awam seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, undang-undang dan ketenteraman, perlu diluluskan oleh Parlimen. 

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan oleh Parlimen, Belanjawan 2021 baharu atau yang disemak semula perlu dibentangkan dan diluluskan sebelum akhir tahun ini untuk mengelakkan kelewatan ke tahun depan,” kata Maybank IB yang memetik Tengku Zafrul, dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Ia berkata menurut menteri kewangan, penggunaan Seksyen 102(a) Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan sebahagian daripada belanjawan dibenarkan apabila tidak ada masa yang mencukupi untuk meluluskan belanjawan sebelum bermula tahun kewangan baharu.

“Ini berlaku pada 1999 apabila Parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas pembentangan Belanjawan 2000, dan satu sidang khas Parlimen diadakan sebelum penghujung 1999 selepas pilihan raya umum untuk meluluskan sebahagian belanjawan bagi tahun 2000. 


“Bagaimanapun, tidak ada kebiasaan untuk meluluskan sebahagian belanjawan selepas penolakan belanjawan,” kata Maybank IB.

Parlimen akan mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis (26 November). – BERNAMA

Kategori