Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Timbang Wujud Lebih...

KUCHING - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan kerajaan negeri Sarawak untuk membina lebih banyak...

Bilangan Penjawat Awam Tak...

KUALA SELANGOR - Kerajaan tidak akan menambah atau mengurangkan bilangan penjawat awam, malah...

23 Warga Filipina Dipenjara,...

LUMUT - Seramai 23 warga Filipina dihukum penjara dua tahun dan denda RM2,000...

BPN 2.0 Disalur Berperingkat...

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat bermula 26 Okt ini.

Isu KWSP Bukan Mahu Jatuhkan Kerajaan PN

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menyokong penuh ketetapan Barisan Nasional (BN) mengenai kebenaran pengeluaran akuan satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sekaligus sebanyak RM10,000.

Namun, Pemuda UMNO mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menuduh BN cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila meletakkan syarat itu untuk menyokong Belanjawan 2021.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebaliknya kerajaan PN perlu mempertimbangkan syarat itu kerana ia merupakan permintaan rakyat dan tidak sewajarnya suara akar umbi diabaikan.

“Bagi yang tidak setuju katakan sahaja tidak setuju dan alasannya. Tak perlu buat sangkaan pelbagai kononnya nak jatuhkan kerajaan.

“Cubalah selami suara hati rakyat majoritinya sesak dan terdesak dalam kecemasan kini, hingga menagih dan mengharapkan duit mereka sendiri untuk dikeluarkan.


“Apabila Pemuda UMNO suarakan sokongan, ia hanyalah manifestasi suara rakyat yang perlu kita sama-sama perjuangkan.

“Jangan nanti kita dihukum rakyat akibat kesombongan kita dalam menafikan suara hati mereka buat kesekian kalinya!” katanya di laman Facebooknya pagi ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang akuan satu KWSP berjumlah RM10,000 secara sekali gus sebelum Bajet 2021 diluluskan kerana ia benar-benar diperlukan rakyat. – Sinar Harian

Kategori