Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DCA Perlu Wujud SOP...

SUBANG - Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mewujudkan Prosedur Operasi...

Kerajaan Kaji Naikkan Harga...

ROMPIN - Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah yang ketika...

Syria Care Salur Bantuan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Syria Care menghantar dana dan barangan makanan bernilai hampir...

Letusan Gunung Sinabung Tak...

PUTRAJAYA – Letusan Gunung Sinabung di Sumatera, Indonesia setakat ini tidak menjejaskan kualiti...

Jenazah Mangsa Nahas Helikopter Selesai Dibedah Siasat

KUALA LUMPUR – Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dibawa keluar dari bilik mayat  Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), selepas selesai dibedah siasat, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Sabri, 56, kemudian dibawa oleh kenderaan jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke masjid Khaled al Walid Jalan Padang Tembak untuk disolatkan sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Melati serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Bernama yang berada di lokasi turut dimaklumkan bahawa proses bedah siasat seorang lagi mangsa nahas, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.

Selesai  bedah siasat, jenazah Mohd Irfan dijangka akan dibawa ke Surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil selepas dimandikan di HCTM untuk disolatkan dan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan di Subang USJ22.

Terdahulu, kira-kira 20 waris kedua-dua mangsa dilihat menunggu proses bedah siasat di bilik jenazah hospital, selepas membuat pengecaman terhadap jenazah mangsa.


Keputusan ujian saringan COVID-19 ke atas kedua-dua jenazah juga difahamkan negatif.

Mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter di Taman Melawati Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian juga dilihat hadir di bilik mayat HCTM pada pukul 10.30 pagi dan meninggalkan lokasi berkenaan pada kira-kira pukul 11.50 pagi.

Pengarah HCTM, Prof Datuk  Dr Hanafiah Harunarashid turut dilihat hadir di bilik mayat pagi ini. – BERNAMA

Kategori