Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tinjau Persiapan Penyediaan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira sejam...

Perkongsian Kuasa Dengan Rampas...

SEMENYIH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa Barisan Nasional (BN) Selangor menzahirkan perkongsian kuasa...

Kepala Dijumpai Di Jolo...

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa Filipina mengesahkan kepala yang dijumpai di Kepulauan Jolo di...

Cuma Tangguh, Bukan Langsung...

KUALA LUMPUR - Memikirkan risiko tinggi dijangkiti Covid-19, pastinya wanita hamil dan yang...

Kematian Maradona Didakwa Kerana Ambulans Lambat Tiba

BUENOS AIRES – Peguam yang sentiasa bersama Diego Maradona mengkritik penjagaan terhadap bintang Argentina itu di saat akhir kematiannya.

Dakwa Matias Morla, ambulans mengambil masa 30 minit untuk tiba di kediaman bintang berusia 60 tahun itu.

Morla menerusi satu kenyataan semalam menyifatkan ia sebagai ‘kebodohan jenayah’ yang dilakukan ketika prosedur rawatan terhadap Maradona.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Saya merasai di dalam hati pemergian seorang rakan yang amat saya hormati dan setia kepada persahabatan ini sehingga hari-hari terakhirnya.

“Saya tidak faham mengapa selama 12 jam rakan saya tidak mendapat perhatian atau penyeliaan dari petugas kesihatan yang sah.


“Ambulans mengambil masa setengah jam untuk tiba yang mana ia adalah ‘kebodohan jenayah’.

“Fakta ini seharusnya tidak terlepas pandang dan saya akan meminta siasatan menyeluruh dilakukan akibat daripada kecuaian ini.

“Seperti yang Diego sering katakan, ‘anda adalah askar saya, bertindak tanpa belas kasihan’,” katanya. – Agensi

Kategori