Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Najib Ucap Selamat Maju...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju...

Koronavirus: China Haramkan Penjualan...

BEIJING - Kerajaan China mengumumkan pengharaman penjualan haiwan liar di pasar, pasaraya, restoran...

Mengelilingi Dunia Dengan Hanya...

KUALA TERENGGANU - Kesukaran mendengar dan bertutur untuk berkomunikasi tidak menghalang warga emas...

Mat Sabu Ulangi PAS...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu menegaskan PAS punca...

Kerajaan Benarkan Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan gelembung perjalanan domestik bagi negeri zon hijau di seluruh negara bermula 22 November ini bagi merancakkan aktiviti dan sektor pelancongan domestik.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Perjalanan Domestik oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

“Sidang khas mendengar cadangan MOTAC berkenaan SOP gelembung perjalanan domestik bagi merancakkan aktiviti dan sektor pelancongan. Kita bersetuju untuk membenarkan gelembung perjalanan domestik.

“Pertama, di dalam negeri PKPP, mereka boleh melancong, katakan rakyat dari Pahang hendak ke Taman Negara di negeri itu, boleh berbuat demikian. Maksudnya melancong di dalam negeri, tidak perlu mendapatkan kebenaran polis.

“Kedua, perjalanan merentas negeri antara negeri zon hijau (PKPP), sebagai contoh dari Pahang nak ke Terengganu, boleh ada pergerakan rentas negeri. Ketiga, negeri PKPP nak ke negeri PKPP yang lain tetapi melalui negeri PKPB perlu mendapatkan kebenaran pihak polis,” katanya.


Manakala bagi rakyat dari daerah zon hijau juga, Ismail Sabri memaklumkan, mereka boleh melancong ke daerah zon hijau walaupun di bawah negeri zon merah.

“Keempat, perjalanan dari daerah hijau ke daerah hijau yang lain di negeri PKPB. Sebagai contoh Pahang (zon hijau) hendak ke Negeri Sembilan (Zon Merah), tetapi daerah Tampin adalah zon hijau, kita benarkan tetapi perlu kebenaran pihak polis,” katanya lagi. – Astro AWANI

Kategori