Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mekanik Ditahan Dipercayai Muat...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang mekanik, petang semalam, yang dipercayai individu bertanggungjawab...

Bapa Pijak, Pulas Bayi...

SEORANG budak lelaki yang bapanya didakwa memukulnya hingga mati, mempunyai kesan kecederaan seperti...

Remaja 18 Tahun Ajak...

PELAKON Fasha Sandha pada Jumaat berkongsi komen seorang pengikutnya yang secara terbuka meluahkan...

Beri Kuasa Kepada Peguam...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno memohon kerajaan memberi kuasa kepada Peguam Negara...

Kerajaan Jamin Vaksin Covid-19 Adalah Halal

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberikan jaminan Vaksin Covid-19 yang dijangka mula diberikan pada suku pertama tahun depan, adalah halal.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, bagi tujuan tersebut, kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan dipohon.

Katanya, bagi tujuan tersebut, Jakim akan berada dalam sebuah jawatan kuasa bersama kementerian beliau dengan Kementerian Kesihatan.

“Justeru, kami akan memastikan Jakim berpuas hati bahawa vaksin yang kami perolehi adalah halalan toyyiban,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu demikian melalui akaun media sosial miliknya.

Katanya, jaminan halal perlu dibuat kerana akan ada pihak anti vaksin yang akan menggunakan alasan berkenaan untuk menghasut masyarakat agar tidak melakukan vaksinasi untuk Covid-19.


Dalam pada itu, Khairy juga meluahkan rasa bimbang dengan penerimaan segelintir rakyat Malaysia kelak terhadap vaksin Covid-19.

Beliau meluahkan kegusaran itu berdasarkan beberapa komen penentangan terhadap rancangan vaksin di FB beliau.

“Ini mengetengahkan cabaran komunikasi yang besar yang kita akan hadapi sebaik rollout imunisasi kebangsaan,” luahnya.

Mynewshub meletakkan kembali beberapa paparan skrin yang dimuat naik beliau sebentar tadi. – Mynewshub.TV

Kategori