Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Memandu Lawan Arus...

KUANTAN - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya melawan arus...

UMNO Perlu Segera Jadi...

UMNO mesti segera bangkit dan menyusun gerakan untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang...

Pemandu Lori Menghantar Surat...

TEMERLOH - Seorang pemandu lori menghantar surat khabar maut pada hari pertamanya bekerja...

Pencuri Hebat Didakwa Kali...

London - Pencuri paling hebat Britain dihadapkan ke mahkamah untuk kali ke-266 semalam...

KPN Letak Kepercayaan Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meletakkan kepercayaan penuh kepada Dewan Rakyat agar Belanjawan 2021 dapat diluluskan bagi memperkasakan sektor pertahanan dan ketenteraman awam negara.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata, beliau yakin sekiranya belanjawan dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu tidak diluluskan, proses demokrasi di negara ini akan tetap berjalan lancar.

“Pemimpin politik dilihat dapat memainkan peranan masing-masing dengan penuh kematangan dan dengan rasa penuh bertanggungjawab.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa fokus dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, di samping melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang kini masih berlangsung dan pengundian bagi meluluskannya dijangka diadakan esok.


Abdul Hamid berkata, ketika ini, keadaan keselamatan terkawal dan pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan terhadap sebarang aktiviti di seluruh negara selain membantu penguatkuasaan bagi membendung penularan Covid-19.

“Kami tetap fokus dalam tugasan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia menangani ancaman Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan PDRM mengiktiraf agihan daripada peruntukan berjumlah RM17 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat. – BERNAMA

Kategori