Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

NC Boleh Tutup Universiti...

KUCHING - "Naib Canselor diberikan autonomi untuk menutup universiti jika keadaan cuaca panas...

Papan Tanda PN Disimbah...

KULAI : Dua papan tanda parti Perikatan Nasional (PN) masing-masing di bulatan Taman...

Ustaz Yusof Sanggup Masuk...

"SAYA nampak dua lelaki turun dari tingkat tiga guna saluran paip dan saya...

Basikal Dan Sofa Direka...

HIROSHIMA, Jepun - Mazda Motor Corporation akhirnya mempertontonkan kerja seni reka bentuk oleh...

Laporan 200,000 Warga Asing Bolos Tak Benar

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bertajuk “200,000 warga asing bolos” yang disifatkan tidak benar dan tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Ketua Pengarahnya, Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya memandang serius isu itu kerana laporan berkenaan mampu memberi persepsi salah dalam usaha agensi penguatkuasaan menjalankan tugas membanteras kegiatan sindiket pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata, pihaknya sentiasa menjalankan usaha membanteras kegiatan sindiket berkaitan PATI, termasuk melakukan kerja perisikan, operasi penguatkuasaan dan perkongsian maklumat dengan agensi lain.

“Bagi tahun ini, bermula 1 Januari hingga 18 November, seramai 34,529 pendatang tanpa izin ditahan daripada 90,292 orang yang diperiksa melalui 6,300 operasi penguatkuasaan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu, beliau berkata, 376 majikan ditahan dalam tempoh sama.


“Dalam hal ini, Jabatan Imigresen bekerjasama rapat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam usaha melumpuhkan sindiket yang membabitkan ejen pendatang tanpa izin dan pegawai imigresen sendiri.”

Katanya, jabatan itu tidak akan berkompromi terhadap apa jua bentuk kegiatan melanggar undang-undang dan akan memastikan usaha membanteras sindiket PATI serta aktiviti tidak berintegriti sentiasa dilaksanakan. – BERNAMA

Kategori