KUALA LUMPUR – LHDN difahamkan kini turut memburu Jho Teck Low dan 4 individu lain bagi menuntut sekitar RM3 bilion atas jumlah peninggalan pendapatan ke atas individu terlibat dalam skandal 1MDB yang dianggarkan sekitar RM6 bilion.
Sumber memberitahu Mynewshub, Individu-individu yang disiasat oleh LHDN atas pelarian cukai dari penyelewengan dana 1MDB adalah :-
a) Low Taek Jho
b) Tan Sri Low Hock Peng yang merupakan bapa kepada Jho Low
c) Tan Kim Loong
d) Loo Ai Swan (bekas pengarah eksekutif 1MDB)
e) Tang Keng Chee (bekas pengarah eksekutif 1MDB)
“Transaksi-transaki yang melibatkan penyelewengan dana 1MDB telah disalurkan kepada individu-individu terbabit dan telah digunakan oleh mereka untuk tujuan peribadi, pembelian aset dan perbelanjaan persendirian.
“Hasil siasatan LHDN juga mendapati bahawa dana yang diterima oleh mereka tidak dilaporkan sebagai pendapatan yang sepatutnya dikenakan cukai di Malaysia,” kata sumber berkenaan.
LHDN dikatakan sedang mengambil tindakan pendakwaan untuk menuntut cukai yang tidak dilaporkan ini dan melucut hak aset pembayar cukai.
Jumlah mencecah berbilion. Memang elok benar kena buru. Harapnya kejar mereka sampai lubang cacing dan pastikan bayar! – Mynewshub.TV