Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

RUU355: Tidak Salah Berunding...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tidak menjadi...

Lelaki Menetap Di Lapangan...

PARIS – Seorang lelaki Iran yang menjadi perhatian seluruh dunia kerana menetap di...

Separuh Tanah di China...

BEIJING – Lebih daripada 40 peratus tanah pertanian di seluruh China didapati amat...

Zainal Abidin Kasim Dilantik...

ALOR SETAR - Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)...

Malaysia Perlukan Suatu ‘Grand Coalition’ Parti

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa hari ini mencadangkan pembentukan suatu ‘grand coalition’ (gabungan besar) yang melibatkan 12 atau lebih parti sealiran.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, sudah terlalu lama politik negara berlegar sekitar dua, tiga personaliti dan bersifat mempertahan atau menentang individu.

“Usaha penyatuan ummah harus menjadi tanggungjawab utama dan berterusan. Sudah berkali-kali politik nasional cuba diseret kerana mempertahan atau menentang individu. Cukup cukuplah,” kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut berpandangan penyatuan ummah tidak harus terbatas kepada tiga parti Melayu-Bumiputera iaitu UMNO, PAS, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sahaja.

Sebaliknya Annuar berkata, beberapa parti yang bebas atau menolak Pakatan Harapan (PH) boleh di bawa bersama.

Annuar membayangkan gabungan itu melibatkan BN, Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Parti Warisan Sabah, Parti Pejuang Tanah Air dan Muda serta beberapa parti lain.


“Yang penting kita tinggalkan politik yang berlegar sekeliling personaliti dan kita semarakkan politik penyatuan ummah yang mendahulukan kestabilan, ketahanan nasional dan kepentingan rakyat.

“Semoga ia merupakan satu persiapan dan kesiapsiagaan untuk negara muncul perkasa pasca-koronavirus (Covid-19),” katanya.

Annuar memberi respon tersebut susulan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam berhubung pemeteraian kerjasama rasmi antara UMNO, PAS, dan Bersatu tidak lama lagi.

Beliau berkata, ketiga-tiga parti itu akan membincangkan kerjasama berkenaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN dijadualkan diadakan Rabu ini namun tidak menyatakan lokasi mesyuarat tersebut. – Sinar Harian

Kategori