Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Panel Rumuskan Sabitan...

PUTRAJAYA – Panel-panel Hakim Mahkamah Persekutuan merumuskan sabitan salah yang dijatuhkan Hakim Mahkamah...

Pemandu Maut Treler Bertembung...

BELURAN - Seorang pemandu maut apabila trelernya bertembung dengan sebuah treler lain di...

‘Half Maraton’ Jambatan P.Pinang...

GEORGETOWN - Acara Separuh Maraton Jambatan Pulau Pinang pada 14 Jun ini, dijangka...

Penjawat Awam Pahang Terima...

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju untuk memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas tahun...

Muhyiddin Hargai Sumbangan Abu Kassim Perangi Rasuah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam memerangi rasuah dan memastikan integriti tadbir urus negara berada pada tahap yang tertinggi.

Muhyiddin berkata Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang bertujuan menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara menyeluruh merupakan antara inisiatif yang dibangunkan oleh GIACC di bawah kepimpinan Abu Kassim dan dilancarkan pada Januari tahun lepas.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Tan Sri Abu Kassim yang saya kenali ini merupakan seorang yang sangat proaktif, punya banyak buah fikiran untuk menambah baik tadbir urus negara, tegas dan pastinya seorang yang berintegriti dan komited terhadap tugasan beliau,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Abu Kassim yang akan bersara wajib pada 5 Disember ini. 

Sebelum dilantik untuk mengepalai GIACC, Abu Kassim merupakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Oktober 2010 hingga Julai 2016.

Perdana Menteri turut mengucapkan syabas dan tahniah serta mendoakan agar Abu Kassim diberi kebahagiaan, sambil menyatakan bahawa bukan mudah untuk mencari pengganti beliau. – BERNAMA

Kategori