Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Siswa UiTM Maut...

BENTONG - Dua peserta perkhemahan anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) maut apabila dihempap...

Keikhlasan UMNO Pikat Rakyat...

KOTA KINABALU - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata parti...

RMK11 Tidak Banyak Perkara...

HAMBAR... Tidak banyak perkara baru dalam pembentangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usul...

Dikejar Dari Chow Kit...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan setelah dikejar hampir 50 kilometer dari Jalan...

Najib Terus Gesa Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menggesa kerajaan agar membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengharungi tekanan hidup kesan daripada wabak koronavirus (Covid-19).

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, dalam masa sama kerajaan juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan caruman KWSP rakyat dapat menjana pulangan lebih tinggi pada masa depan.

ā€œSebuah kerajaan yang prihatin perlu lebih fokus kepada mencari jalan untuk memulihkan dan menambah simpanan usia tua golongan terdesak selepas krisis Covid berakhir, bukan untuk menafikan hak pencarum untuk mengakses wang simpanan mereka pada masa mereka paling terdesak.

“Sebuah kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh besar untuk memastikan tabung-tabung rakyat menjana keuntungan serta pulangan yang lebih tinggi pada hari (depan) kelak,ā€ katanya di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar untuk kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan akaun 1 KWSP kerana ia untuk simpanan di usia tua mereka.

Dalam pada itu, isu pengeluaran caruman KWSP juga semakin hebat diperkatakan terutamanya menjelang pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.


Mengulas lanjut Najib berkata, banyak negara sudah pun membenarkan pencarum menggunakan simpanan tabung usia tua bagi membantu mereka mengatasi kesesakan kewangan kerana ekonomi jatuh merudum.

Menurutnya, antara negara-negara meluluskan atau menggalakkan pengeluaran wang dari tabung usia tua untuk pencarum terdesak pada masa Covid-19 termasuk Australia, Iceland, Peru, Chile Portugal, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Ada yang sudah luluskan pengeluaran kali kedua. Namun kebanyakan negara-negara tersebut juga meletakkan syarat bahawa pencarum perlu mengemukakan bukti mereka hilang sumber pendapatan atau keadaan kewangan mereka sudah kritikal.

ā€œJika alasan diberi pencarum ialah untuk bayar deposit bagi X50 sebab kereta itu lawa atau nak beli iPhone 12, mereka akan terus bakul sampahkan permohonan,ā€ tambahnya. – Sinar Harian

Kategori