OLDTOWN White Coffee menolak semua khabar angin dan dakwaan bahawa produk-produk kami mengandungi bahan babi.
Dakwaan dalam video yang sedang disebarkan di pelbagai saluran media sosial adalah tidak benar.
Kami juga ingin menekankan bahawa semua cawangan OLDTOWN White Coffee di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak tahun 2010.
Pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Kami memastikan bahawa ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman kami langsung tidak mengandungi sebarang kandungan babi atau bahan tidak halal.
Wakil tempatan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengunjungi cawangan-cawangan berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mereka mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Sila rujuk kenyataan oleh pihak JAKIM untuk penjelasan yang mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar:
https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636/1775823102576955.
Untuk maklumat lanjut mengenai pensijilan halal cawangan-cawangan kami, sila rujuk Portal Rasmi Halal Malaysia:
http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9uZXdzOzs7Ow==&utaman=info
Kami menggesa dan memohon bantuan para netizen supaya hentikan penyebaran sebarang maklumat palsu.
Pada masa ini, kami sedang berbincang dengan pihak guaman dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu-individu yang didapati membuat tuduhan palsu.
Terima kasih.
PENGURUSAN
OLDTOWN WHITE COFFEE