Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Tunggakan 3,861 Pas...

CYBERJAYA - Sejumlah 3,861 permohonan pas pelajar asing yang dibuat melalui Sistem Perkhidmatan...

Putera Saudi Derma Amal...

RIYADH - Putera Arab Saudi, Alwaleed bin Talal berikrar mendermakan kesemua harta kekayaannya bernilai...

Bomba Selamatkan Budak Dari...

PENDUDUK sebuah pangsapuri di Pandan Mewah, Ampang, hari ini digemparkan dengan kejadian seorang...

Nahas Lion Air Dedah...

JAKARTA – Landasan berbonggol, kesilapan kese­lamatan, landasan tanpa sistem navigasi di samping kekurangan...

PAPUH Harap Sempadan Dibuka Selepas 31 Disember

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), bersyukur Budget 2021, akhirnya diluluskan melalui undi suara di Dewan Rakyat hari ini dengan pengumuman peruntukan tambahan oleh Menteri Kewangan.

Sehubungan dengan kelulusan budget 2021, PAPUH menaruh harapan yang tinggi pada pihak Kerajaan Malaysia untuk membuka semula pintu sempadan antarabangsa negara selepas tamatnya PKPP yang berakhir 31hb Disember 2020, ini bagi menggalakkan kemasukkan pelancong asing ke negara sekali gus menghidupkan kembali industri pelancongan yang amat tenat ketika ini.

Bagi pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, Kerajaan Malaysia boleh mengenakan SOP yang ketat bagi kemasukkan pelancong asing ke Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara. Buat permulaan, mungkin kemasukkan pelancongan asing ke Malaysia boleh dihadkan kepada 1,000 orang pelancongan dalam seminggu.

Pelancong asing perlu menunjukkan sijil kesihatan bebas Covid-19 semasa tiba di pintu masuk negara, ini telah pun dipraktikan oleh Negara Arab Saudi.

Mereka juga perlu melalui kuarantin wajib selama 3 hari semasa ketibaan dan pada hari ke-4 pelancong asing perlu melalui saringan Covid-19 sekali lagi bagi memastikan mereka benar-benar bebas dari Covid-19.

Kerajaan Malaysia boleh memberi maksimum 10 hari untuk mereka berada di Malaysia (termasuk hari kuarantin) dan hari yang ke-10 mereka wajib pulang ke
nagara asal mereka.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin keluar negara boleh dihadkan kepada 500 orang dalam seminggu dan mereka perlu melalui kuarantin wajib bila pulang ke Malaysia.

Saya yakin dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, agensi
pelancongan, perhotelan, syarikat penerbangan, syarikat pengangkutan bas, muzium, taman tema, restoran dan pusat membeli-belah akan kembali bernyawa semula setelah hampir 1 tahun kami lumpuh.


Kami ingin bernyawa kembali dan ingin menjadi penyumbang ke 2 terbesar didalam ekonomi negara semula. Industri pelancongan ini mempunyai rantaian ekonomi yang cukup besar dan
kompleks dari industri yang besar sehinggalah ke industri IKS.

Saya juga yakin persatuan-persatuan pelancongan lain juga akan bersetuju dengan PAPUH yang ingin melihat pembukaan semula sempadan antarabangsa negara dan
merancakkan kembali industri pelancongan negara.

Sekali lagi sebagai pemain industri pelancongan negara memohon dan merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan dengan serius permintaan kami bagi pembukaan semula sempadan antarabangsa negara.

Sekian Terima Kasih

Dato’ Sri Haji Razali Mohd Sham
Presiden PAPUH Malaysia.

Kategori