Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Istiadat Pertabalan Singkap Kemasyhuran...

ALOR SETAR - Istiadat Pertabalan Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Sultan...

Ambil Serius Langkah Pencegahan...

KUALA LUMPUR - Orang ramai perlu memberi perhatian serius kepada saranan pihak berkuasa...

Pesta Arak: Azmin Tuntut...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan peguamnya...

PM: Takziah Atas Kemangkatan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas...

PAS Persoal Pandangan Ku Li

SHAH ALAM – PAS hari ini mempersoalkan pandangan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah susulan kritikannya berkenaan kerjasama antara parti itu, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan pandangan Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li itu dengan pertanyaan adakah beliau mahu kembali ke dalam keadaan kumpulan Melayu berpecah.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menyeru veteran UMNO tersebut melihat ‘suasana baharu’ politik tanah air.

Beliau mahu Tengku Razaleigh melihat bagaimana Muafakat Nasional (MN), pakatan yang menggabungkan dua parti Bumiputera-Islam terbesar selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berjaya merapatkan hubungan orang Melayu ‘yang lama berpecah’.

“Muafakat Nasional langkah terbaik membina kekuatan bersama. Dominasi Barisan Nasional (BN) sudah berubah dan keputusan PRU-14 perlu diambil sebagai iktibar,” katanya menurut laporan portal, Free Malaysia Today hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan turut dilaporkan senada dengan pandangan Tuan Ibrahim.


“Dia hendak kembali ke belakang? Apa yang kita buat untuk kebaikan di masa depan. Cara dia berfikir cara zaman dahulu dan dia tidak boleh terima manfaat yang kita ada, selain daripada kerajaan yang kita ada sekarang ini,” katanya.

Semalam, Tengku Razaleigh dalam temubual The Malaysian Insight membayangkan ‘pertelingkahan’ bakal berlaku antara UMNO, PAS dan Bersatu di masa depan, lantaran berebut kawasan sama menjelang Pilihan Raya Umum.

Beliau juga mempersoalkan apakah untungnya bagi UMNO meneruskan pakatan itu, bukan sahaja kerana kerusi-kerusi ‘tradisi’ yang kini disandang pemimpin Bersatu, malah tidak banyak jawatan Kabinet diberi kepada UMNO, walaupun sokongannya memastikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri. – Sinar Harian

Kategori