Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Orang Ramai Dinasihat Tidak...

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati apabila...

Puji Filem ‘Black Panther’,...

FILEM terbaru bergenre adiwira, Black Panther terbitan Marvel Studios nyata mencetuskan fenomena bukan...

Data Cuaca Perlu Dikaji...

KUCHING – Fakta dan data yang disimpan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) kini...

Burger King, Restoran Fast...

RANGKAIAN makanan segera popular Burger King di United Kingdom (UK) akhirnya diberikan kebenaran...

Pemalsuan Cop Sempadan, 23 Individu Ke Mahkamah

PUTRAJAYA – Seramai 23 individu termasuk anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dipercayai berhubung kes pemalsuan cop sempadan.

Sebahagian daripada mereka dibawa menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa lagi dengan kereta tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 10 pagi. 

Seramai 19 lelaki dan empat wanita yang memakai baju jingga dan bergari itu kemudiannya dibawa ke tingkat satu mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Kesemua mereka memakai pelitup muka dan diperiksa suhu sebagai langkah mengekang penularan COVID-19. 

Difahamkan, beberapa individu lain akan turut direman di Johor Bahru, Johor; Kuching, Sarawak; dan Kota Kinabalu, Sabah; hari ini bagi membantu siasatan kes pemalsuan cop sempadan. – BERNAMA

Kategori