Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Isu IS: Mat Sabu...

ALOR SETAR – Pas Kedah membidas tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad...

Perbanyakkan Dasar, Program Pulih...

PEKAN - Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan...

Fakta Tipu Amalan Nifsu...

1. Tiada dalil atau keterangan ulama bahawa BUKU CATATAN AMALAN ditutup di malam...

Ibu Bapa & Sekolah...

LABUAN - Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa serta pemantauan rapat...

Pemandu Ambulans Meninggal Dunia Disahkan Negatif COVID-19

KUALA LUMPUR – Pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit COVID-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif pandemik tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Allahyarham sebelum ini adalah negatif.

“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain,” menurutnya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.

Tular di media sosial sejak semalam tentang pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit C0VID-19 ke sebuah hospital di Perak.


Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.

Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri. – BERNAMA

Kategori