Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Bukan Kekasih, Dia Hanya...

PENYANYI, Ezlynn menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa bahawa seorang jejaka yang sering...

Pemuda Tampil Mohon Maaf...

SHAH ALAM - Seorang anak muda hari ini menemui bekas Perdana Menteri, Datuk...

Gaji 100 Kali Ganda...

SYDNEY - Jika di Malaysia, Menteri Kewangannya, Lim Guan Eng jadi bahan jenaka...

Radius Operasi Cari Pesawat...

JAKARTA - Radius operasi pencarian pesawat Lion Air yang memasuki hari ketiga hari...

Pembantu Rumah Asing Boleh Masuk Tapi Bersyarat

KUALA LUMPUR – Hanya mereka yang berdepan kesulitan bagi menjaga ibu bapa atau anak orang kurang upaya yang terlantar sakit disebabkan perlu bekerja dibenarkan membawa masuk pembantu rumah warga asing.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan akhir kebenaran itu tertakluk kepada kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Kerajaan memberi kelonggaran kepada golongan yang ada kecemasan seperti ini, yang ada pembantu rumah warga asing namun terkandas di negara mereka. 

“Mereka boleh dibawa masuk dan jika mendapat kebenaran, mereka perlu mengikut SOP (prosedur operasi standard) seperti menjalani ujian calitan tiga hari sebelum datang ke sini, kuarantin 14 hari dan sebagainya,” katanya dalam sidang mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai masalah suami isteri yang tinggal berjauhan, Ismail Sabri berkata, pasangan itu dibenarkan untuk melakukan rentas negeri pada hujung minggu, sama seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini.


Katanya, kebenaran masih diberikan dan tertakluk kepada kelulusan polis.

“Jika ada yang tidak dapat (kelulusan) itu mungkin disebabkan alasan mereka tidak meyakinkan pihak polis,” katanya. – myMetro Online

Kategori