Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nyaris ‘Terlajak’ Dengan Pondan...

TAMAN Tasik Permaisuri yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras memang popular dengan...

1MDB Hormati Hak BNM...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menghormati sepenuhnya hak Bank Negara Malaysia...

Saya Amat Kagum Dengan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata...

Benarkah Penguatkuasa DBKL Zalim...

SITUASI yang melibatkan pihak berkuasa bergaduh dengan peniaga kecil bukan lagi satu isu...

Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas RM600

KOTA BHARU – Seramai 6,854 kakitangan awam di Kelantan akan turut menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM600 sama seperti yang diterima penjawat awam Persekutuan menerusi Belanjawan 2021 yang diumum Jumaat lepas.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung sesi perbahasan hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahmad berkata selain kakitangan awam kerajaan negeri, turut menerima bantuan tersebut adalah kakitangan lantikan politik seperti penghulu, kakitangan pegawai halaqah, guru al-Quran dan fardu ain serta guru pondok sebanyak RM300.

Sementara itu Ahmad turut menasihati seluruh rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan rantaian pandemik COVID-19 dapat diputuskan.

“Kita juga mesti banyak berdoa, terutamanya kita sebagai pemimpin, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), exco, sekurang-kurangnya bacalah doa sebelum subuh dan selepas subuh setiap hari, insya- Allah doa kita termakbul, demi sayangkan rakyat kita,” katanya.

Persidangan DUN kemudian ditangguhkan kepada satu tarikh lain. – BERNAMA

Kategori