Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jari Budak Tersangkut Di...

SESUNGGUHNYA tiada tugas yang boleh dianggap kecil oleh pasukan bomba dan penyelamat walaupun...

Mayat Gelandangan Dijumpai Dengan...

IPOH: Mayat lelaki warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dengan kesan luka di dagu...

Tangkap, Kompaun RM10,000 Jika...

KUALA LUMPUR - Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan...

Sebutan Kes Rasuah Lim...

KUALA LUMPUR - Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan...

Perniagaan 5 Selebriti Mungkin Ada Unsur ‘Cuci Duit’

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil lima selebriti semalam termasuk seorang daripadanya dipanggil kali kedua selepas didapati kemungkinan perniagaan dijalankan mereka ada kaitan atau maklumat mengenai aktiviti ‘cuci duit’ didalangi Alvin Goh dan orang kanannya, Addy Kana. 

Menurut sumber, mereka ini terdiri pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara termasuk seorang wanita yang juga bekas isteri kepada pelakon dipanggil bagi membantu dan melengkapkan siasatan mengenai pengubahan wang haram.

“SPRM juga akan memanggil seorang lagi pengacara wanita selepas menemui bukti dan pembabitannya menerima dana daripada sindiket terbabit.

“Mereka yang dipanggil semalam ada menjalankan perniagaan dan dipercayai mempunyai kaitan atau maklumat mengenai aktiviti ‘cuci duit’ didalangi Alvin Goh dan orang kanannya, Addy Kana hasil menjalankan kegiatan haram itu,” katanya.

Sumber berkata, seorang daripada mereka sudah kali kedua dipanggil untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kes ini.

“Siasatan awal SPRM mendapati mereka kemungkinan menerima dana daripada sindiket terbabit namun masih dalam siasatan.

“Jika siasatan mendapati ada menerima dana itu akaun dan aset mereka akan dibekukan bagi membantu siasatan,” katanya.


Semalam lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi serta pengacara tampil memberi keterangan di Ibu PejabaPerniagaan artis kemungkinan ada unsur gubah wang haram. 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan artis serta selebriti disyaki terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram Macau Scam enggan tampil membantu siasatan walaupun masa dan peluang sudah diberikan.

Sumber berkata, walaupun sebelum ini SPRM meminta individu pernah menerima wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian untuk tampil, belum ada berbuat demikian.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat. – myMetro Online

Kategori