Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Anak Ketua Pramugara MH370...

BERITA penemuan serpihan disyaki milik pesawat Malaysia Airlines MH370 di Pulau Reunion, Perancis petang...

Selangor Mohon Soal Balas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor...

Ustaz, Warden Pusat Pemulihan...

Taiping : Seorang bergelar ustaz serta tiga warden pusat pemulihan dadah di Padang...

MSM, Kerajaan Bincang Semak...

SHAH ALAM - Pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) melakukan...

Program Pembangunan Peneroka Diperluas

KUALA LUMPUR – Program Pembangunan Peneroka (PPP) menerusi projek pertanian dan ternakan akan diperluaskan ke 317 tanah rancangan FELDA di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pendekatan itu diambil kerana peruntukan yang disediakan untuk PPP adalah besar, menjangkau RM1 bilion. 

Beliau menaruh keyakinan saiz peruntukan sedemikian berupaya menampung keseluruhan pembiayaan PPP yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

“Dari segi kaedah, ada pelbagai, iaitu individu, koperasi dan kerjasama, mengikut jenis projek yang diusahakan bagi memastikan ia berupaya menjana hasil pada kadar optimum.

“Contohnya, di FELDA Besout, ada perusahaan nenas MD2 yang membabitkan empat koperasi, malah kita juga ada berkonsepkan individu seperti projek tanaman buah tin yang diusahakan di FELDA Tengi Selatan, dekat Bukit Tagar.


“Ada juga kerjasama seperti syarikat perusahaan cendawan yang berpusat di Kedah dan mula keluarkan hasil, malah turut babitkan peneroka apabila kira-kira 30 warga FELDA diambil bekerja.

“Kajian pasaran dan perkembangan juga penting dalam projek ini,” katanya pada sesi jawab lisan, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) yang membangkitkan kemungkinan sama ada PPP akan diperluaskan di 317 tanah rancangan FELDA, selain keperluan mengadakan kajian potensi kebolehpasaran tanaman kontan. – BH Online

Kategori