Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Marahkan Izreen, Jurusolek Turut...

SEORANG demi seorang menjadi mangsa kecaman akibat memuat naik gambar bersama-sama selebriti kontroversi,...

Ku Li Mohon Putrajaya...

Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menyeru kerajaan untuk...

Zulhasnan Rafique Dilantik Duta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melantik Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai Duta Besar...

Laporan 200,000 Warga Asing...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bertajuk “200,000 warga...

Pupuk Kebersamaan, Hargai Barisan Hadapan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang diketuai oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan atas kesungguhan dalam menguruskan pandemik COVID-19 dengan penuh tanggungjawab.

Wabak yang melanda negara sepanjang tempoh sepuluh bulan ini diurus dengan berkesan sehingga Malaysia menjadi antara rujukan di peringkat antarabangsa.

Malaysia turut mendapat tempat ke-11 dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Sedunia. Kini negara sedang menghadapi gelombang ketiga COVID-19 yang menunjukkan peningkatan kes berlipat kali ganda berbanding awal tahun dahulu.

Namun, kita pasti mampu melandaikan lekuk jangkitan pandemik melalui pengalaman mengurus dan persediaan kelengkapan yang lebih rapi.

Justeru, PAS menyeru semua pihak tidak melakukan sebarang cemuhan dan tohmahan atas sedikit kelemahan barisan hadapan yang berjuang untuk negara.

Teruskan berjuang memerangi COVID-19, sesungguhnya hanya Allah yang mampu mengganjari atas segala usaha yang dilakukan.


‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD

Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Kategori