Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Rasakan.. Kena Maki Parkir...

SEKARANG ini agaknya memang dah jadi trend, apabila ada kereta yang diletakkan secara...

Mayat Janda Ditemui Di...

SHAH ALAM - Mayat seorang janda berusia 37 tahun dipercayai dibunuh ditemukan dengan...

“Anthony Loke Sila Buat...

1. Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, membuat pengumuman bahawa kerajaan akan mengenakan bayaran...

UM Berada Di Ranking...

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya telah disenaraikan dalam ranking 100 Universiti Terbaik Asia...

RM1,000 Bantuan Khas Kakitangan Kerajaan Pahang

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada 8,000 kakitangannya yang akan dibayar sebelum 16 Januari depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata peruntukan keseluruhan bayaran khas kewangan itu berjumlah RM8 juta tanpa pengecualian gred, bertambah berbanding RM750 yang diberikan pada tahun lalu.

“Insya-Allah, pada tahun yang mendatang, sekiranya prestasi kewangan negeri bertambah kukuh, tidak mustahil kerajaan kegeri akan memberikan bantuan khas kewangan ini dengan lebih lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Pada masa sama, Wan Rosdy berkata, seramai 2,978 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Pahang akan menerima RM300 seorang secara sekali bayar yang membabitkan peruntukan berjumlah RM893,400.


“Harapan kerajaan negeri agar kita sentiasa ingat, jika berbelanja janganlah sampai boros dan jika berjimat janganlah sampai kedekut,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan peruntukan RM1.5 juta melalui Program Cakna Suri, iaitu ujian mamogram secara percuma kepada 6,000 wanita di Pahang, tahun depan.

“Peserta akan dipilih berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan untuk program ini yang bermula awal tahun depan di klinik yang dipilih. Semoga peruntukan ini dapat membantu pengesanan awal kanser payudara yang sering dihadapi wanita kini,” katanya. – BH Online

Kategori