Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pendapatan RM200,000 Pun Ada...

KUALA LUMPUR -  Di sebalik tohmahan konon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah,...

Fiza Elite Sangkal Dakwaan...

SEBELUM ini terdapat dakwaan yang mengatakan Fiza Elite bakal berkahwin apabila memuat naik...

Anggota Kabinet Sarawak Lafaz...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini...

Rayuan Kes Suami Isteri...

SHAH ALAM - Mahkamah menetapkan 20 Januari depan untuk perbicaraan rayuan kes pasangan...

“Saya Takut Nak Lapor Polis” – Mangsa

“SAYA tiada kekuatan untuk membuat laporan polis sebelum ini kerana takut selepas diugut,” kata seorang wanita berusia 23 tahun yang mendakwa menjadi mangsa rogol pendakwah muda seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini. 

Wanita yang dikenali sebagai Mia (bukan nama sebenar) itu berkata, antara sebab lain dia tidak membuat laporan ketika itu adalah kerana ibu bapanya tidak mengizinkan. 

“Pendakwah terbabit pernah ugut nak saman jika saya buka mulut atau membuat laporan polis. Ibu bapa juga tidak benarkan saya membuat laporan polis kerana malu jika perkara ini menjadi kecoh dan diketahui ramai.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Namun, selepas mendapat sokongan dan bantuan daripada beberapa pihak, saya beranikan diri untuk membuat laporan polis, Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, dia berharap laporan yang dibuat dapat menegakkan keadilan selepas melalui pelbagai derita dalam hidup. 

“Saya berharap selepas ini keadilan dapat ditegakkan sekali gus membayar semula derita yang pernah saya alami sebelum ini. Sedikit sebanyak dapat melegakan hati selepas memendamnya sekian lama,” katanya.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pendakwah selebriti ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam, Selangor, tahun lalu. 

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan mangsa berusia berhubung perkara itu, semalam. 

Katanya, mangsa dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram pada 11 September tahun lalu. – myMetro Online

Kategori