Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KPWKM Bincang Wujudkan Akta...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan...

JPJ Buka Pejabat Cawangan...

CAMERON HIGHLANDS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka sebuah pejabat cawangan baharu di...

PAN Kritik Pemimpin Pakatan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menggesa setiap pemimpin parti-parti dalam Pakatan...

Lebih 22 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,152,367 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19...

Serah Kertas Siasatan Kes Young Syefura

SEPANG – Kertas siasatan berhubung kes Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berhubung siasatan kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Negeri Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ADUN Pahang itu sudah dipanggil dan keterangannya direkodkan, Selasa lalu.

Katanya, berdasarkan kepada gambar tular itu, terdapat lima individu atau individu keenam yang menjadi saksi dan mengambil gambar berkenaan.

“Kita serahkan kepada PengarahPendakwaan dan sekiranya diarah meneruskan siasatan lanjut kita akansiasat,” katanya pada sidang media di Bandar Baru Salak Tinggi, hari ini. 

Selasa lalu, Young Syefura hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi memberi keterangan ditemani lima rakannya iaitu dua wanita dan tiga lelaki susulan gambar percutiannya bersama rakan tular dan mengundang kecaman kerana tidak mengamalkan SOP.


Wan Azrul berkata, pihaknya menunggu arahan seterusnya samada ADUN berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – myMetro Online

Kategori