Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tiada Keperluan UMNO Nyata...

KUALA TERENGGANU - UMNO belum membuat sebarang ketetapan mengenai pendirian rasmi parti itu...

RCI Wang Kelian: 11...

PUTRAJAYA - Sebanyak 11 nama orang tengah yang membawa masuk pendatang asing tanpa...

Pisang Raksasa Di Indonesia,...

UNIK dan luar biasa, itulah yang dapat digambarkan mengenai sejenis pohon pisang yang...

MP ‘Seksi’ Ketika Angkat...

BRAZIL - Seorang Ahli Parlimen Brazil menerima ugutan rogol selepas memakai pakaian yang...

Skim Latihan Semula Lebih Baik Berbanding Subsidi Upah – Najib

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan memberi pilihan kepada majikan yang memohon program subsidi upah untuk sama ada terus menerima sokongan subsidi atau membantu pekerja masing-masing melalui skim peningkatan kemahiran atau latihan semula.

“Kita beri peluang kepada pekerja untuk ‘upskill’ atau reskill’,” katanya di Facebook hari ini.

Najib berkata, skim latihan semula adalah pilihan lebih baik kerana pekerja yang dibuang kerja atau tidak bekerja akan menjadi lebih bernilai apabila industri pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

Katanya skim itu boleh dibiayai melalui bank atau pinjaman kerajaan pada kadar faedah yang rendah, selain subsidi daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kos sara hidup mereka yang memilih skim ini dan keluarga masing-masing sepanjang kursus latihan hendaklah dibayar “sebagaimana pelajar universiti di bawah PTPTN”, katanya.

Najib berkata, kursus latihan sedemikian adalah pilihan lebih baik berbanding program subsidi upah.


“Pada pendapat saya, skim ini lebih baik bagi masa depan negara daripada berterusan membayar subsidi untuk membayar subsidi gaji pekerja yang memang tidak diperlukan sebab sektor tertentu tidak akan pulih dalam jangka pendek,” katanya dengan menambah bahawa beliau akan membawa cadangan itu ke Parlimen minggu depan.

Program subsidi upah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu majikan yang terkesan akibat wabak Covid-19 dan memastikan mereka terus beroperasi tanpa membuang pekerja.

Majikan menerima subsidi bagi setiap pekerja dengan gaji kurang RM4,000 sebulan. Subsidi itu pada asal dijadualkan untuk tempoh 3 bulan, tetapi kemudiannya dilanjutkan sehingga 6 bulan. – FMT

Kategori