Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lelaki Bukan Mangsa...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menafikan dakwaan yang tersebar melalui media sosial berhubung...

Aeril, Wawa Kena Kecam...

SIAPA tidak kenal dengan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini? Apa...

Polis Tahan Ahli Politik...

KOTA KINABALU - Seorang ahli politik Sabah yang didakwa mencabul seorang peserta Unduk...

22 Didakwa Salah Guna...

KUALA LUMPUR - Seramai 22 pemilik akaun laman sosial, laman sesawang dan blog...

Tak Timbul Isu Takut Mati – KP Kesihatan

PUTRAJAYA – “Tidak timbul isu takut mati. Sebagai orang Islam kita terima kematian di mana-mana ia akan berlaku, bukan hanya turun padang atau tidak.” 

Itu reaksi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengulas dakwaan beliau tidak turun padang meninjau perkembangan kes COVID-19 dan bertemu kakitangan kementerian di Sabah.

Jelasnya, selain beliau, timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood juga turun padang di Sabah melihat situasi semasa.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tidak timbul isu takut mati atau sebaliknya kerana apa yang beliau dan pasukannya lakukan ketika ini adalah dengan niat untuk memutuskan rantaian COVID-19.

“Kementerian Kesihatan telah pun membuat perancangan khusus di Sabah dan saya sendiri turun padang pada akhir Ogos lalu untuk melihat pengurusan kesiapsiagaan kita dalam Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Tegas Dr Noor Hisham, yang lebih penting adalah niat untuk melaksanakan tugas dan memutuskan rantaian COVID-19 dalam negara yang diamanahkan kepadanya.


Menurutnya, beliau tiada masalah untuk berselisih pendapat namun mesti ada niat yang sama.

“Kita boleh selisih pendapat tetapi yang pasti apa yang kita laksanakan adalah untuk memutuskan jangkitan COVID-19 supaya kita dapat selamatkan negara kita daripada peningkatan kes dan kematian,” katanya.

Terdahulu persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyebut ‘DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati’ pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

Kekecohan itu juga menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar dewan selepas enggan akur kepada arahan Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman, yang meminta beliau duduk. – BH Online

Kategori