Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian ‘Tidak Pasti’ Harga...

PIHAK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ‘tidak pasti’ harga gula...

Warga Emas Maut Jatuh...

BAGAN SERAI - Seorang warga emas maut setelah terjatuh daripada basikal yang ditungganginya...

Tujuh Rentung Bas Persiaran...

TAPAH - Tujuh penumpang rentung apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas...

Guru IT Hantar WhatsApp...

TAWAU - Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia...

Tuntutan Pihak Asing Ke Atas Sabah Tak Akan Dilayan

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak akan melayan atau mengiktiraf sebarang bentuk tuntutan oleh mana-mana pihak asing ke atas Sabah, sampai bila-bila.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata isu tuntutan ke atas Sabah khususnya oleh Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah tidak relevan.

Beliau menjelaskan Sabah merupakan negeri dalam Persekutuan Malaysia berdasarkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1962, dengan rakyat Sabah telah melaksanakan hak menentukan sendiri (self-determination) status negeri mereka untuk berada di dalam Malaysia. 

Katanya, laporan Suruhanjaya Cobbold telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1 Ogos 1962 dan mengesahkan bahawa lebih dua pertiga rakyat Sabah memilih menyertai Malaysia pada 1963. 

“Pada 14 September 1963, Setiausaha Agung PBB melaporkan kepada Perhimpunan Agung PBB bahawa rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Pada 16 September 1963, Sabah dengan rasminya menyertai Persekutuan Malaysia,” katanya menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai status berkaitan isu tuntutan Filipina terhadap Sabah di Dewan Rakyat, hari ini.a

Kamarudin berkata setiap kali kenyataan berhubung isu tuntutan ke atas Sabah timbul, Kementerian Luar mengambil tindakan segera bagi menolak kenyataan itu dengan mengemukakan nota bantahan, mengeluarkan kenyataan media atau memanggil Duta Besar Filipina ke kementerian bagi menegaskan pendirian Malaysia terhadap status negeri Sabah.


“Kerajaan Malaysia amat prihatin dan memandang serius tindakan untuk cuba membangkitkan semula isu ini dan tidak akan berganjak daripada mempertahankan kedudukan Sabah dari mana-mana pihak yang cuba mencemar kedaulatan itu,” katanya.

Kamarudin yang mengakui isu berkenaan telah berlanjutan sejak 57 tahun lalu berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain menjaga kebajikan penduduk di negeri Sabah dan Sarawak.

“Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, ia merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah bukan sahaja negara, tetapi juga Sabah dan Sarawak. Ini merupakan tindakan-tindakan bagi memastikan rakyat di Sabah menyokong sepenuhnya keberadaan mereka dalam Malaysia dan menangkis percubaan mana-mana negara untuk mengambil Sabah,” katanya. – BERNAMA

Kategori