Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mirip CR7, Pelayan Tendang...

DEMAM Euro 2016 melanda negara-negara Eropah. Tidak terkecuali, Sepanyol yang jadi juara bertahan...

Debat Tun Mahathir –...

KUALA LUMPUR - Debat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ditunda ke 7 April,...

Sungai Pak Mail Tercemar...

SEREMBAN – Kebocoran injap tangki minyak hitam dipercayai dari sebuah syarikat industri kecil...

GST Akan Tetap Dilaksana...

PORT DICKSON - Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada...

UiTM Nafi Terbabit Program Bual Bicara Anjuran DAP

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan institusi berkenaan terbabit dalam sebuah program bual bicara menerusi Facebook yang dianjurkan sayap Muda DAP Kampung Tunku esok.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi UiTM Nora Noordin berkata, universiti itu memandang serius terhadap isu berkenaan susulan tersebarnya poster digital di media sosial mengenai program itu.

“UiTM memandang serius mengenai isu terbabit seolah-olah ia membabitkan universiti ini dalam penganjuran program (bual bicara) itu.

“UiTM dengan tegas ingin memaklumkan universiti ini sama sekali tidak terbabit dalam program berkenaan. Tidak ada sebarang permohonan mahupun kelulusan diberikan terhadap program itu,” katanya di sini, hari ini.

Tular di media sosial sejak semalam poster digital mengenai penganjuran program bual bicara secara maya anjuran sayap Muda DAP Kampung Tunku bertajuk ‘UiTM dan DAP?’, membabitkan beberapa alumni universiti awam itu sebagai ahli panel dan moderator. – BERNAMA

Kategori