Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

M’sia Harapkan Penilaian Adil...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengharapkan penilaian adil oleh agensi penarafan antarabangsa berikutan asas...

Pembinaan Benteng Di Tebing...

PASIR MAS - Pembinaan benteng mencegah banjir di sepanjang 120 kilometer tebing Sungai...

SAR Pelajar Tahfiz Jatuh...

PARIT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar Maahad Tahfiz berumur 13...

Wanita Berpurdah Jadi Gitaris...

BERPURDAH dan bermain gitar bergenre heavy metal, pernahkah anda membayangkan situasi seperti ini?Di...

Vaksin COVID-19 Masih Belum Tentu Tersedia – WHO

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan yang vaksin COVID-19 masih belum tentu tersedia seperti diharapkan untuk ‘menewaskan’ gelombang kedua pandemik berkenaan.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, vaksin tidak boleh dilihat sebagai penyelesaian ajaib dan negara yang sedang memerangi kebangkitan COVID-19 ini perlu berdepan dengannya tanpa vaksin.

“Saya rasa sekurang-kurangnya sehingga empat hingga bulan lagi sebelum kita dapat tahap vaksinasi yang signifikan di mana-mana saja,” katanya ketika sesi soal jawab awam secara langsung di media sosial.

Ryan berkata, dunia masih belum mempunyai vaksin COVID-19 sebenar walaupun ada pengumuman yang meyakinkan berdasarkan siri ujian vaksin yang kini berada pada fasa terakhir.

“Banyak negara berdepan gelombang ini dan mereka akan melaluinya serta terus menempuhinya tanpa vaksin. Kita perlu memahami dan menerimanya,” katanya.

Pfizer, syarikat gergasi farmaseutikal mendakwa ujian lengkap vaksin COVID-19 menunjukkan ia berkesan pada tahap 95 peratus, manakala firma Moderna berkata vaksin dihasilkannya berkesan pada tahap 94.5 peratus.

Rusia pula mendakwa vaksinnya berkesan terhadap calon ujian pada tahap 90 peratus.


Justeru, Ryan memberi amaran kepada seluruh dunia supaya terus berwaspada terhadap virus berkenaan dan jangan terlalu yakin dengan kebergantungan vaksin untuk menyelesaikan masalah pandemik itu.

“Beberapa orang berpendapat vaksin itu sudah siap, maksudnya ia sebagai penyelesaian, tetapi sebenarnya tidak.

“Sekiranya kita ada vaksin dan melupakan perkara lain, COVID-19 tidak akan menjadi sifar,” kata warga Ireland itu.

Jumlah kes COVID-19 terbaru di Eropah menurun minggu lalu buat pertama kali dalam tempoh lebih tiga bulan, namun kematian di rantau berkenaan terus meningkat berdasarkan data WHO yang disiarkan pada Rabu.

Sekurang-kurangnya 55.6 juta kes jangkitan di seluruh dunia direkodkan sejak wabak itu muncul di China pada Disember lalu dan dipercayai membunuh lebih 1.3 juta orang seluruh dunia, mengikut sumber rasmi dikumpulkan AFP. – Agensi

Kategori