Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kepemimpinan Pembangkang Tak Gugat...

SEPANG – Pengumuman barisan baharu kepemimpinan pakatan pembangkang tidak sama sekali menggugat kekuatan...

18 Lelaki Didakwa Anggotai...

KUALA LUMPUR - Seramai 18 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas...

Bekas Pensyarah Malaysia Bakal...

RAKYAT Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad kini dikatakan menjadi sebutan sebagai bakal menjadi pemimpin...

Anak Luar Nikah Tak...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

3 Polis Berkomplot Samun Pembeli Kereta Ditahan

PETALING JAYA – Tiga anggota polis ditahan dipercayai bersuhabat dengan ejen penjual kereta menyamun semula kenderaan itu yang sudah dijual kepada pelanggannya.

Dua anggota polis terbabit berusia 34 dan 51 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Kedah jam 12.10 tengah hari semalam manakala seorang lagi anggota yang berusia 31 tahun jam 7.10 malam di IPD Ipoh, Perak. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata polis menerima laporan daripada lelaki warga asing berusia 49 tahun pada jam 7.45 malam Ahad lalu mendakwa dua lelaki yang memakai ‘vest’ polis melarikan kereta Audi TT yang dibelinya daripada seorang ejen jualan.

Katanya, lelaki itu mendakwa ketika kereta itu dilarikan, dia ada bersama ejen itu yang memperkenalkan diri dari Singapura untuk urusan pembelian kereta berkenaan apabila didatangi anggota polis terbabit yang kemudian menahan ejen itu dan melarikan keretanya.

“Bertindak atas laporan itu, pada jam 11.20 malam kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat serbuan di bilik sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Hasil serbuan itu, polis menahan lelaki berusia 28 tahun, iaitu ejen kenderaan terbabit bersama wanita berusia 28 tahun bersama wang tunai RM20,000 disyaki hasil jualan kereta itu serta merampas pelbagai barangan lain,” katanya pada sidang media di Ibu IPD Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Nik Ezanee berkata, polis turut merampas 11 biji pil erimin 5, 14 biji pil berwarna coklat dan pil hijau disyaki dadah bersama kereta Perodua Alza dan kereta jenis Volkswagen.

“Hasil siasatan membawa kepada penahanan dua anggota polis berusia 34 dan 51 tahun di perkarangan IPD Kuala Muda, Kedah, jam 12.10 tengah hari semalam.


“Susulan itu, polis kemudian membuat serbuan ke atas sebuah rumah teres di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani dan menahan empat lelaki dan dua wanita warga asing berusia 30 hingga 54 tahun,” katanya.

Beliau berkata, polis juga menemui semula kereta Audi TT milik mangsa dan turut merampas sejumlah dadah.

“Siasatan berkaitan dadah diserahkan kepada IPD Kuala Muda. Siasatan lanjut kemudian menahan seorang lagi anggota polis lelaki berusia 31 tahun jam 7.10 malam di IPD Ipoh, Perak,” katanya. 

Siasatan awal mendapati ejen jualan terbabit mengupah RM1,000 kepada anggota polis untuk berkomplot dengannya melakukan kegiatan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan mereka kini direman bagi membantu siasatan. – BH Online

Kategori